Tuesday, January 19, 2010

~ ZaLIm PaDA DiRI SeNDiRi

Posted by ahmad bukhori

"Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya,mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya."


> imam syafie' r.a



> wahai sahabat! keluarkanlah dirimu dari kegelapan itu..ayuhlah kita bersama ke daerah cinta kita bersama..supaya kita sama-sama mengenali diri kita dan antara satu sama lain..itulah membuatkan kita lebih bahagia bukan..^_^

0 comments:

~ KuNCi NiKMaT

Posted by ahmad bukhori

"Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya, yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas."

> wasiat saidina ali r.a



> bersama - samalah kita mencari kunci2 pembuka nikmat..ayuh lah kita berjihad untuk mendapatkannya..insyaAllah..ameen..^_^

0 comments:

~ RaHMaTMu UnTukKU HaMBa YaNG HiNA

Posted by ahmad bukhori

assalamu'alaikum..alhamdulillah dpt gak update blog..he3..betapa beratnya dugaan nie..sedey jgak ble difikirkn..mmg salah diri pn..so xyah la nk dipertikai kn..huk..sedey2..nie lah padah..sape suh cri psal..duhai diri yg hina ingtlah bhwa stiap kjadian tu de hkmah nye..huk..itu je..wakaka..hnya nk luahkn isihati yg bduka lara..hak..sbb pe ana bduka?..biarlah rahsia..kui3..smbl update nie sbb xtau nk wt pe di pg hr..huk..okes..dah2..hik..k..salam..:-)

0 comments:

Sunday, January 10, 2010

~ PerpIsAHaN BuaT SekEtiKA

Posted by ahmad bukhori


assalamu'alaikuam..
kini ana terpaksa kembli pulang ke kolej untuk meneruskan pengajian..
mungkin sume ini an tinggalkn buat seketika..
maaf pad kalian..
syukran bt semua..
salam dariku..

0 comments:

~ 'iLMu

Posted by ahmad bukhori


Dari Mu'az bin Jabal

"Pelajarilah 'ilmu! Maka mempelajari kerana Allah itu tkwa.Menuntutnya ibadah.Mengulangi-ulanginya itu tasbih.Membahaskan itu jihad.Mengajarkan oang yang tidak tahu itu sedekh.Memberikan kepada ahlinya yang tidak tahu itu dekat diri kepada Tuhan.
> ilmu itu teman waktu sendirian dan kawan waktu kesepian.
> penunjuk jalan kepada agama.
> pemberi nasihat bersabar waktu suka dan duka.
> seorang menteri ditengah-tengah teman sejawat.
> seorang keluarga di tengah-tengh orang asing dan sinar jalan ke syurga.
> dengan 'ilmu,diangkat oleh Allah beberapa kaum lalu dijadikannya pemimpin
> penghulu dan penunjuk jalan pada kebajikan,jejak mereka diikuti,perbuatan mereka diperhatikan.
> malaikat suka kepada tingkah laku mereka,disapunya mereka dengan sayapnya.
> seluruh yang basah dan yang kering meminta ampun akan dosa mereka hatta ikan dan binatang laut,binatang buas dan binatang jinak didarat langit-langit dan bintang-bintangnya."




> petikan dari kitab ihya' ulumuddin-imam ghazali

2 comments:

Saturday, January 9, 2010

~ LaNdASaN

Posted by ahmad bukhori



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِینَ یُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَیَخْشَوْنَهُ وَلَا یَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَآَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا
(39)

“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadaNya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.”
( Al-Ahzab:39)


قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُم مِّن
( جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِیرٌ لَّكُم بَيْنَ یَدَيْ عَذَابٍ شَدِیدٍ ( 46

Katakanlah !
Hanya sebuah wasiatku kepadamu, yalah, kamu akan menghadap kepada Allah berdua-dua dan sendiri sendiri. Kemudian renungkanlah dalam-dalam. Tidak ada sifat gila pada sahabat kamu itu (Muhammad).ía hanyalah seorang pembawa peringatan buat kamu dihadapan adzab yang pedih.


( قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَهُوَ عَلَى آُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ( 47

Katakanlah!
Upah yang kuharapkan dari kamu adalah buat kamu. Balasan jasa buatku terserah kepada Allah, kerana ia menyaksikan segala sesuatu.



( قُلْ إِنَّ رَبِّي یَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ( 48

Katakanlah!
Sesungguhnya Tuhanku yang Maha mengetahui perkara ghaib mewahyukan kebenaran kepadaku.


( قُلْ جَاء الْحَقُّ وَمَا یُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا یُعِيدُ ( 49

Katakanlah!
Telah datang kebenaran, dan kebathilan tidak bisa memulai sesuatu buat mengalahkan kebenaran dan
tidak bisa mengembalikannya.



( قُلْ إِن ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَى نَفْسِي وَإِنِ اهْتَدَیْتُ فَبِمَا یُوحِي إِلَيَّ رَبِّي إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِیبٌ ( 50

Katakanlah!
Jika aku sesat, maka kesesatan itu buat diriku sendiri, dan jika aku terpimpin, maka itulah wahyu dan Tuhanku, sesungguhnya Ia Maha Mendengar, yang dekat.
( Saba’: 46-50 )


> dr buku usrah dan dakwah - hassan al banna



> landasan addin islam..^_^

0 comments:

Friday, January 8, 2010

~ TekA-tEKi ImaM GhAZaLI

Posted by ahmad bukhori


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
dunia ini ?”
> Murid 1 = ” Orang tua ”
> Murid 2 = ” Guru ”
> Murid 3 = ” Teman ”
> Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
> Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
> Murid 1 = ” Negeri Cina ”
> Murid 2 = ” Bulan ”
> Murid 3 = ” Matahari ”
> Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
> Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

> Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
> Murid 1 = ” Gunung ”
> Murid 2 = ” Matahari ”
> Murid 3 = ” Bumi ”
> Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia ”
> Murid 1 = ” Baja ”
> Murid 2 = ” Besi ”
> Murid 3 = ” Gajah ”
> Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
>Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
> Murid 1 = ” Kapas”
> Murid 2 = ” Angin ”
> Murid 3 = ” Debu ”
> Murid 4 = ” Daun-daun”
> Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini? ”
> Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”
> Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri ”


moga direnungi dengan cahaya hati..^_^

0 comments:

~ CiRI - cIRI PeMuDA IsLAm

Posted by ahmad bukhori


> Keimanan yang mendalam

> Keikhlasan dalam segala amal

> Keazaman yang teguh

> Amal yang berterusan,tidak merasa jemu dan lemah

> Sedia berkorban
( kemenangan atau mati shahid )

> Menjauhkan diri dari perkara shubahat

> Bertanggung jawab dengan amanah yang diberi

> Mempunyai ilmu pengetahuan & Akhlak yang mulia



> same2 la kite renungi bersama..^_^

0 comments:

Thursday, January 7, 2010

~ AlLhAMduLILlAh..>.<

Posted by ahmad bukhori


salam bt sume...>.<
i'm so happy today...hik3..
happy..happy..happy..
Alhamdulillah syukur sangt2..^_^
ana tlah dpt ssuatu..he3..
tp biarlah la rahsia..ngeee~~
syukur pada Allah..
dan syukran bt ayahanda...he3..
luv u so much..hak3..
akn ku hargai...he3..
wassalam..

2 comments:

~ SePuLUh WaSIaT

Posted by ahmad bukhori


Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya

> imam hassan al-banna



> alhamdulillah wa syukurillah..untuk manfaat bersama.
InsyaAllah sama-samalah kite amalkan..^_^

0 comments:

Wednesday, January 6, 2010

~ WaHAi UmMat PiLihaN !

Posted by ahmad bukhori




"Kamu adalah kaum Muslimin, nama pilihan dan panggilan kehormatan yang diberikan Tuhan dan dahulu
sampai hari ini.
Kamu bukanlah golongan “mustalimin” kaum yang menyerah — kalah kepada kenyataan.
Sebagai Umat yang berIman, hadapi kenyataan hidup ini dengan kesedaran dan keinsafan, kewaspadaan
dan keperwiraan.
Hadapilah kenyataan di bumi dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup!
Hanya dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup, hanya dengan Sakinah dan Muthamainah itulah
kamu bermakna dan berguna hidup di tengah-tengah manusia di dunia.
Hanya dengan ‘Aqidah yang kuat dan qa’idah yang jelas, kamu dapat menempuh kehidupan ini.
Hanya dengan Wijhah hidup yang tegak dan khitah perjuangan yang cerah serta terang, kamu dapat
membawa Umat ini ke tepi ufuk ke Ridhaan Ilahi. Tegakkan ‘Aqidah Islamiah dalam dada Umat, subur kan “Ibadah!”
Susun Umat ini dalam pola Jama’ah menurut tauladan Sunnah, akhini Firqah!
Jama’ah adalah kekuatan dan kesatuan; Firqah adalah kelemahan, remuk dan kehancuran.
Hamparkan kembali tikar Ukhwah Islamiah dan Ukhwah Imaniyah di kalangan Umat Islam ini, tanamkan
Mahabbah dan Marhamah!"

- hassan al-banna


salam buat sume..
insyaAllah ana akan cube post sedikit demi sedikit petikan dari buku2 oleh imam hassan al-banna.ia hanya sekadar pengkogsian kpd semua dan juga diri ana sdiri supaya ana dpt mendidik diri ana agar lebihkan membaca serta menambah ilmu.

0 comments:

~ KeBAikAn DaN DoSA

Posted by ahmad bukhori


"Apabila kamu merasa letih kerna berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.Daa sekiranya kamu berseronok dengan dosa mak sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."


"Cucikan hati kamu dengan beradab sebagimana api membakar sesuatu dengan kayu."

> wasiat saidina ali r.a


> ayuh lakukan kebaikan,dan "topup" iman..^_^

0 comments:

~ AmaLAn BuLAn MuHaRrAM

Posted by ahmad bukhori



> tangggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa tasua').
> tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasaa asyura).
> dalam bulan ini disunatkan berpuasa dan memperbanyakkan amalan sedekah kepada fakir miskin.
> disunatkn supaya lebih dalam perbelanjaan dalam keluarga.
> memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.
> sesiapa yang berbuat baik kpd anak yatim.ia telah berbut baik kepad semua nak-anak yatim.
> sesiapa yang bersedekah pd hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yg meminta-minta selama hidupnya.
> bulan safar,bulan rabiul awwal,bulan rabiul akhir,bulan jamadil awwal dan jamadil akhir.tiada amalan sunat yg khusus atau istimewa melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

0 comments:

~ KeNaPA SolAT

Posted by ahmad bukhori


“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya”
— Hadis riwayat Baihaqi


“…dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan”
— Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a

0 comments:

~ ENaM PegAnGaN

Posted by ahmad bukhori

*Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkanNya (Agama) dalam dirinya.
*Bahagia dan Sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
*Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang reka berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.
*Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
*Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna dan guna hidup terletak kepada keyakinan dan perjuangan.
*Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan CITA dan AGAMA.

Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang
beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan
sungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya
saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang rengkas ini iaitu kata-kata
yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir
mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu
itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan
dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu
diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”.
Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu
mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang
diwasiatkan nya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.”
Adapun selain dan para “Mujahidin” tadi, maka untuk mereka sudah pun ada berbagai-bagai
pelajaran, ceramah, kitab, rencana tulisan, tanda lambang, Jabatan, dan masing-masing dengan
kesanggupannya, maka berlumba-lumbalah ke arah kebajikan sedang Allah menjanjikan kebaikan kepada
setiap pihak.


-Imam Hassan Al Banna

0 comments:

~ aL-BaQAraH : 42-46

Posted by ahmad bukhori


"Dan janganlah kamu campuradukan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran,sedangkn kamu mengetahuinya."
"Dan laksanakanlah solat,tunaikanlah zakat,dan rukuklah berserta orang yg rukuk."
"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan)kebajikan ,sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri,padahal kamu membaca Kitab(Taurat)?Tidkkah kamu mengerti?"
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan menunaikan solat.Dan(solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yg khusyuk."
"(yaitu) mereka yg yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya,dan bahwa mereka akan kembali kepadaNya."


> ramai orng yg sllu sembunyikan kbenaran,rmai jgak yg wat xtau pe yg haram & pe yg halal,so kuatkanlah iman,telitilah kebenaran.Laksanakanlah segala rukun iman & bersamalah kite mlakukan a'mal kebajikan untuk khidupn di dunia yg fana dan juga khidupan akhirat kelak,sesungguhnya amt beruntung pd yg beramal soleh.Mohonlah pd Allah dngan pnuh kesabaran,dan ingat!bkn hnya bdoa ttapi mnunaikan solat.Dan yakinlah bhwa sesungguhnya kite pasti bertemu Allh S.W.T di akhirat kelak..^_^

0 comments:

~ aL-bAQarAh : 21

Posted by ahmad bukhori


"Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu,agar kamu bertakwa."


>Allah Akbar!!! ^_^

0 comments:

Tuesday, January 5, 2010

~ aL-HuJAraT : 13

Posted by ahmad bukhori


"Wahai manusia!Sungguh,Kami telah menciptakan kamu dr seorang laki-laki dan seorang perempuan,kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.Sungguh Allah Maha Mengetahui,Maha Teliti."




> sayang dan rinduku bt para ikhwah serta para sahabat sekalian..

0 comments:

~ aL-hUJarAt : 6

Posted by ahmad bukhori

"Wahai orang-orang yg beriman! Jika seseorang datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum karena kebodohan(kecerobohan),yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."


> jauhilah diri dr khabar yg belum pasti kesasihannya,
dan jngn mudah melatah ats khabar yg blum psti,
kerna mungkin kita bisa melukai hati seseorng dan scra xsengaja akn menimbulkan fitnah dan scara x sngaja jga kita tlah malakukan dosa..^-^

0 comments:

~ SalAM bLoGGing..^_^

Posted by ahmad bukhori



bismillahirrahmanirrahim..
assalamua'laikum bt sume yg drop kt sni..
smge redha Allah bersama mu..
alhamdulillah akhernya ana bjaya mbuat blog..
stelah skian lma mnyimpn hsrat..
asalnya blog ini tlh dibuat pd ptengahan tahun lpas lg..
tu pon skli sign in..tnpe post pe2..he3..bese la dak2 bru bljar..haha..
nmun scra xsngaje ana abaikn n trus hilang...he3..(sbnrnye mls sbb xtau nk manage then trus ilang..ngee~~ =.=!)
nmun bile mlngkah msuk tahun bru Hijrah & Masihi..
ana tlah berazam ntuk bt blog skali lg..
asal nye malas jge..he3
erm..mlm smlm smsa duk chat ngn shabt ana..dia de
tnye ttg blog..kata nye bler la ana mau blogging..
jwb ana snng jer..mls lgi sbb kna update sllu..ha3..(sbb mmg pmalas la..hak3)
alhamdulillah slpas hbes chat ngn dia..(trime kaseh la kt die..~bngge le kot dia klu dia bce nie..haha)
hati ana tergerak untuk menjejak kasih blog ana yg hilang yg xdpt dkesan..he3..
alhamdulillah jumpe blek..he3..hri nie shari suntuk duk manage n hias blog nie..
shari suntuk sbb cerewet la nie...ngee~~...asyek memilih je...hak3..
erm...harap blog nie dpt mmberi manfaat bt ana sendiri n sahabt2 sume..
sekian..
salam driku..

0 comments: