Sunday, January 27, 2013

Siapakah Pemuda IKHWAN

Posted by ahmad bukhori

Tsaurah - Kebanyakanya pemuda yang menggerakan medan Tahrir


Oleh: Amer Shammakh

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan seolah-olah mereka adalah anggota sebuah pertubuhan politik kartun yang menentang kerajaan bersama pemimpin-pemimpin pertubuhan ini untuk mendapatkan jawatan atau keuntungan materialistik.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai golongan yang hilang jati diri dan tertinggal, di mana para pemimpin menguasai mereka untuk kebaikan jamaah, mempergunakan mereka untuk menanggung beban, sanggup menerima serangan, manakala para pemimpin dalam kehidupan yang selesa, jauh dari sebarang bahaya dan konfrantasi dengan rejim penindas.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai peribadi mesin, yang tidak mempunyai akal mahupun deria. Mereka hanya mendengar dan taat kepada ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin mereka, ketaatan membuta tuli, tiada sebarang perbincangan mahupun perdebatan.

Musuh-musuh menggambarkan hubungan antara pemimpin dan pemuda, seolah-olah seperti hubungan konflik mereka yang tegang dengan kerajaan, sehingga konflik ini membawa kepada kebimbangan antara satu sama lain dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Musuh-musuh mengambil kesempatan mengkritik orang-orang muda yang menyayangi jamaah atau yang menyokongnya tetapi tidak mendapat tarbiyah yang baik dan cukup dalam asuhannya itu. Musuh-musuh menganggap ianya suatu permulaan dan pengakhiran di mana masa untuk Ikhwan tumbang akan berlaku tidak lama lagi di tangan orang-orang muda.

Apakah benar seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Ikhwan? Siapakah pemuda Ikhwan Muslimin?!

- Saudara-saudari sekalian, pemuda Ikhwan adalah tulang belakang dan tonggak Jamaah. Mereka adalah pemimpin dan anggotanya. Mereka adalah orang-orang yang merancang, mengarah dan menjalankan. Mereka adalah orang yang membuat susulan, menilai aktiviti dan membetulkan kesilapan. Jikalau kita lihat secara teliti, kita dapati majoriti kepimpinan adalah dari golongan muda – kecuali Maktab Irsyad yang juga masih boleh dianggotai daripada kalangan orang muda. Mereka adalah ketua-ketua jawatankuasa, ahli parlimen, ketua-ketua daerah dan cawangan. Mereka juga anggota tertinggi parti, ahli-ahli sekretariat, ketua-ketua jawatankuasa dan ketua-ketua unit parti.

- Saudara-saudari sekalian, pemuda-pemuda Ikhwan adalah orang yang mengasaskan dakwah ini. Imam al-Banna sendiri umurnya ketika itu tidak melebihi 22 tahun. Manakala 6 orang yang turut sama menubuhkan Jamaah ini serta mengumumkan penubuhannya (pada tahun 1928) umur mereka ketika itu tidak lebih daripada 22 tahun. Namun, antara keistimewaan yang paling penting bagi Jamaah ini ialah: "Sambutan pemuda kepadanya, kesediaan untuk menolong dan menyokongnya" kata Imam Al-Banna. Inilah antara punca - selepas taufik daripada Allah SWT - kekuatan, ketulenan, dan kestabilan .. Oleh sebab itu, Jamaah ini merangkumi tiga bahagian penting yang khusus dalam tarbiyah dan pembinaan orang muda, iaitu: Unit Universiti, Unit sekolah rendah dan menengah dan unit kanak-kanak.

- Saudara-saudari sekalian, orang-orang muda adalah “rijal ummah” (pembela umat) yang bersifat rabbani (dekat dengan Tuhan) dan menghayati al-Quran, yang serius dan bersungguh-sungguh, yang tidak merasa lemah dengan ramainya musuh dan tidak gentar dengan kekuatan musuh. Mereka adalah “ruhban al-lail” (ahli ibadah di waktu malam) dan “fursan an-nahar” (pejuang-pejuang yang tangkas di waktu siang). Gerak tubuh mereka mengatakan:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. ( Al-Hasyr: 10),

Mereka tidak melakukan perkara kejahatan, tidak mengeluarkan percakapan yang keji. Mereka bersikap sabar dan belas kasihan, tulus ikhlas kepada Tuhan dengan tidak melakukan pekerjaan kerana seseorang dan tidak takut kepada sesiapa pun ketika berada di jalan Allah. Pada diri mereka terdapat tanda iman, bersemangat dan bekerja. Mereka bukanlah pendakwah yang malas atau lalai, dan bukan orang yang tenggelam dalam kesufian, bukan pendakwah yang memecah belahkan bangsa dan menanamkan perkauman sempit. Mereka adalah golongan pragmatik yang menyeru dari lapangan berkata-kata kepada lapangan bekerja. Mereka menjadikan dari hanya menyusun rancangan dan program kepada bidang perlaksanaan dan penilaian.

- Saudara-saudari, pemuda Jamaah sering menimbang antara akal dan emosi, material dan roh, pemerhatian dan bekerja, individu dan masyarakat, syura dan ketaatan, hak dan kewajipan, lama dan baru. Mereka bersederhana dalam pendirian tentang dakwah dan idea-idea yang lain. Mereka menikmati semangat yang baik dan jiwa yang besar.

- Mereka adalah orang yang membawa dan menggerakkan dakwah Islam ke sekolah, universiti, kampung dan taman. Mereka adalah orang yang memimpin manusia ke masjid-masjid dan mempamerkan teladan ketulusan pendakwah dan kemurniaan dakwah. Mereka adalah orang yang membayar dengan harga yang sangat mahal apabila bersemuka dengan pemerintah zalim dan diktator. Mereka adalah orang yang memperjuangkan orang-orang yang ditindas dan melindungi Revolusi bulan Januari daripada kegagalan; di mana mereka dengan pantas sedia menjadi korban. maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka tidak mengubah apa yang mereka janjikan sedikitpun. Mereka adalah manusia dari generasi baru, yang memiliki jiwa yang lurus, yang hidup untuk merealisasikan fikrah, yang bekerja untuk mencapai matlamat dan yang berjuang demi keyakinan dan pegangan mereka.

Sifat-sifat ini bukan terhasil pada hari ini, tetapi pemuda-pemuda jamaah telah terhasil sejak penubuhannya. Di sini kami ingin memetik ungkapan daripada penulis terkenal Ihsan Abdul Quddus, yang disiarkan dalam majalah Rose al-Youssef (13 September 1945) yang menerangkan tentang pemuda Ikhwan pada masa itu. Beliau berkata:

"Mereka ini sama seperti pemuda moden. Mereka tidak jumud seperti yang pernah diagungkan oleh golongan agama dan pengikut mereka, tidak kedengaran dalam perbualan mereka mantra kosong yang kita digunakan untuk membuat sesuatu darinya, tetapi mereka adalah golongan realistik yang boleh bercakap dengan anda tentang kehidupan dan tidak bercakap tentang kematian. Hati mereka ke langit, tetapi kaki mereka menjejak di atas bumi. Mereka sentiasa berusaha menyelesaikan, membincangkan masalah kehidupan, merasai suka dan duka. Kadang-kadang kita boleh mendengar di kalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata lucu dan ada pula yang boleh membicarakan soal-soal ekonomi, undang-undang, kejuruteraan, dan perubatan."

- Sesungguhnya orang yang jauh dan dekat telah mengetahui tentang tahap kekuatan ikatan yang mengikat anggota Ikhwan antara satu sama lain. Imam dan pengasas mereka telah menjadikan ukhuwwah (persaudaraan) sebagai salah satu rukun Baiah yang sepuluh. Oleh sebab itu, pemuda Ikhwan adalah orang yang sangat mengambil berat Jamaah mereka dan orang yang paling  menyayangi guru-guru dan pemimpin mereka.

 + diterjemah dari IKHWANONLINE
 + sumber dari ZADUT DU'AT

Monday, December 24, 2012

Mata Kecil Ku - Ammu Afdlin Shauki

Posted by ahmad bukhori

(sajak Live di Malam Demi Palestin)

Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Barakallah Feeq




Sunday, December 23, 2012

Make Me Strong Ooo Ya Allah! Ya Rabbi!

Posted by ahmad bukhori


I know Im waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
Youd tell me out aloud
That on that day Ill be ok
But well never know cause
Thats not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that Ive lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know Im waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
Youd tell me out aloud
That on that day youll forgive me
But well never know cause
Thats not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that Ive lost touch
I know the road is long
Make me strong

Monday, December 17, 2012

~ IMpiaN AtAU haNya SeKAdaR MiMpi

Posted by ahmad bukhori

Impian...
bukan lah sesuatu yg kite telah kecapi..
tetapi ianya harapan & mimpi..

aku juge punyai impian..
ingin berjaya dalam kehidupan..
pahit jerih terpaksa aku telan..
demi menghadapi hari yg lebih baik utk hari esok..

segalanya bukan senang kehidupan ini..
apatah lagi klu tanpa seorang insan yg mulia di dunia ini..
i miss my ummi..

Wednesday, December 5, 2012

~ Hati

Posted by ahmad bukhori



Tercoret dlm hati seribu satu impian..
apakah ini semuanya hanya mimpi2 ku yg xpunyai kesudahan..

Yang ku tahu,
derita sentiasa kunjung tiba..
O Allah tak ku damba sebegini rupa..

Saban waktu ku kecewa..
Pedih rasanya hati ku..
PadaMu ku sembah dan bersujud..

Berikan aku pelangi..
Biar mewarnai hidup ku..
Biar ku lupakan segala derita..
Derita yg menyiksa jiwa..

Walau senyum ku sentiasa terukir dibibir..
Namun hati ini tak pernah ikhlas mengukir senyuman..

Takut ku pada Mu,
Untuk ku pohon kebahagiaan & kekayaan..
kerna aku mungkin akan jauh dari Mu..

Sungguh aku ingin dekat pada MU...


Thursday, September 6, 2012

nonsense!

Posted by ahmad bukhori






Duhai jiwa yang merindukan belahan kalbu 
duhai hati yang mendamba cinta tulus suci 
tlah terpatri kini rasa cinta yang sejati 
dengan hadirmu disini 

duhai cinta kau hadir isi kekosonganku 
duhai rasa berjuta cita penuhi sukma 
bersua didalam ikatan kasih nan murni 
berdua bersama 

kuterima segala kekurangan dirimu 
kuserahkan hati titip cintaku padamu 
Tuhan tuntun langkah kaki tetap dijalanmu 
menapaki indah rengkuh cinta bersama

Friday, April 1, 2011

~ MenUndA AmaL TanDa KeBOdohAn

Posted by ahmad bukhori




MENUNDA AMAL KEBAIKAN KERANA MENANTIKAN KESEMPATAN YANG LEBIH BAIK ADALAH TANDA KEBODOHAN.

Hikmat yang lalu memaparkan kebodohan yang timbul kerana kejahilan tentang kekuasaan Tuhan. Hikmat 26 ini pula memaparkan kebodohan yang timbul lantaran kelalaian. Orang yang mabuk dibuai oleh ombak kelalaian tidak dapat melihat bahawa pada setiap detik pintu rahmat Allah s.w.t sentiasa terbuka dan Allah s.w.t sentiasa berhadap kepada hamba-hamba-Nya. Setiap saat adalah kesempatan dan tidak ada kesempatan yang lebih baik daripada kesempatan yang memperlihatkan dirinya kepada kita. Kesempatan yang paling baik ialah kesempatan yang kita sedang berada di dalamnya.

Kelalaian adalah buah kepada panjang angan-angan. Panjang angan-angan pula datangnya dari pokok kurang ingatan kepada mati. Jadi, ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit kelalaian ialah memperbanyakkan ingatan kepada mati. Apabila ingatan kepada mati sudah kuat maka seseorang itu tidak akan mengabaikan kesempatan yang ada baginya untuk melakukan amal salih.

Hikmat ke 26 jika ditafsir secara umum menganjurkan agar segala amal kebaikan hendaklah dilakukan dengan segera tanpa bertangguh-tangguh. Jika diperhatikan Kalam-kalam Hikmat yang lalu dapat difahamkan bahawa Hikmat yang dipaparkan berperanan membimbing seseorang pada jalan kerohanian. Amal yang ditekankan adalah amal yang berhubung dengan pembentukan rohani. Hikmat 27 nanti akan memperkatakan tentang makam iaitu suasana kerohanian. Jadi, jika ditafsir secara khusus Hikmat 26 ini menganjurkan bersegera melakukan amal-amal yang perlu bagi menyediakan hati untuk menerima kedatangan hal-hal dan seterusnya mencapai makam-makam. Amal yang berkenaan ialah latihan kerohanian menurut tarekat tasauf. Latihan yang demikian harus disegerakan sebaik sahaja mendapat kesempatan, tanpa menanti kedatangan kesempatan yang lain yang diharapkan lebih baik dan lebih sesuai.

Ketika menjalani latihan kerohanian secara tarekat tasauf kehidupan hanya dipenuhi dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, berzikir dan lain-lain Semua amalan tersebut dilakukan bukan bertujuan untuk mengejar syurga tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t dan mendekatkan diri kepada-Nya. Amalan seperti inilah yang membuka pintu hati untuk berpeluang mengalami hal-hal yang membawa kepada hasil yang diharapkan iaitu makrifatullah. Sesiapa yang benar-benar ingin mencari keredaan Allah s.w.t dan berhasrat untuk menghampiri-Nya serta mengenali-Nya hendaklah jangan bertangguh-tangguh lagi. Usah dicari kesempatan yang lebih baik. Jangan menjadikan masalah keduniaan sebagai alasan untuk menunda tindakan bergiat mencari keredaan Allah s.w.t. Bulatkan tekad, kuatkan azam, masuklah ke dalam golongan ahli Allah s.w.t yang beramal dan bekerja semata-mata kerana Allah s.w.t. Benamkan diri sepenuhnya ke dalam suasana ‘Allah’ semata-mata dan tinggalkan apa sahaja yang selain Allah s.w.t buat seketika. Anggapkan latihan yang demikian seperti keadaan ketika menunaikan fardu haji di Tanah Suci. Selama di Tanah Suci, segala-galanya ditinggalkan di tanah air sendiri. Di hadapan Baitullah seorang hamba menghadap dengan sepenuh jiwa raga kepada Tuhannya. Dia tidak khuatirkan keluarga, harta dan pekerjaan yang ditinggalkan kerana semuanya sudah diserahkannya kepada penjagaan Allah s.w.t. Allah s.w.t adalah Pemegang amanah yang paling baik. Dia menjaga dengan sebaik-baiknya apa yang diserahkan kepada-Nya. Syarat penyerahan itu adalah keyakinan.

Perlu juga dinyatakan bahawa latihan kerohanian secara tarekat tasauf bukanlah satu-satunya jalan kepada Allah s.w.t. Tujuan utama latihan secara tasauf adalah untuk mendapatkan ikhlas dan penyerahan yang menyeluruh kepada Allah s.w.t. Ikhlas dan penyerahan boleh juga diperolehi walaupun tidak menjalani tarekat tasauf tetapi tanpa latihan khusus pembentukan hati kepada suasana yang demikian adalah sukar dilakukan.

Jalan yang tidak ada latihan khusus adalah jalan kehidupan harian. Pada jalan ini orang yang beriman perlu bekerja kuat untuk menjalankan peraturan Islam dan mempertahankan iman. Pancaroba dalam kehidupan harian sangat banyak dan orang yang beriman perlu berjalan dicelah-celahnya, menjaga diri agar tidak tertawan dengan penggoda. Kewaspadaan dalam kehidupan harian itu adalah sifat takwa. Orang yang bertakwa adalah orang yang mulia pada sisi Allah s.w.t.

Walau jalan mana yang dilalui matlamatnya adalah memperolehi ikhlas, berserah diri dan bertakwa.

~ Take Me To Your Heart

Posted by ahmad bukhori

MLTR - Take Me To Your Heart


Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl


Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend

Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

Thursday, March 17, 2011

~ Bonda ku..

Posted by ahmad bukhori

Tanggal 27 Muharram 1432H bersamaan 03 Januari 2011,
Hari Isnin jam 3.40 petang
Itu lah saat ummi meninggalkan aku,adik-adik & ayah..





Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Friday, January 21, 2011

~ TaNgGuNGjaWAb PeMUdA HaRi Ini

Posted by ahmad bukhori


REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !

Ucapan ini ditujukan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.

Kita perlu menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada semua orang.

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Pertama :

Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Kedua :

Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.Nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA

- Apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?

- Apakah sebab dan faktornya ?

- Apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ?

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KE ARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

Negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan Negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh..

Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM

PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM

PERTAMA : Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.

Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.

KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.

KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek – kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.

KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.

Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa “..segala sesuatu yang

datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan.

TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM

-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera.

-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.

-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.

-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

KESAN-KESAN PENJAJAH

1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

-Penjajah menguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam.

-Mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.

2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU

POLITIK

-Mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran

negara di zaman selepas kemerdekaan.

3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN

KEMERDEKAAN YANG PALSU

-Gerakan-gerakan kemerdekaan di negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama.

-Ianya perlu mempergunakan slogan ‘mengembalikan keagungan Islam’ dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya.

-Mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur.Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.

PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING

-Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.

-Mereka memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran) dengan cara mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam.

-Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah.

PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH SUKAKAN PENJAJAH

Sekalipun mereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha menentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada perkara-perkara lain. Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarik

perhatian mereka dan tiap-tiap yang lahir dari sana.Apa-apa yang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan hinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau salah.

KEMUNDURAN UMAT DAN NEGARA ISLAM BERPUNCA DARI

PEMERINTAHANNYA MENERAPKAN AJARAN YANG BUKAN ISLAM

-Kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.

-Antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam

tidak sehaluan dengan kerajaan mereka.

-Akibatnya, mustahil bagi kerajaan dapat mengharung langkah ke depan dan

akan memajukan negara akan lenyap ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan.

PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN MENINDAS ATAS NAMA

DEMOKRASI

-Golongan yang berhaluan barat sebagai pengganti penjajah di dalam negeri ummat Islam yakin bahawa sistem pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya,tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah kepada umat yang menuntut supaya mendirikan system pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.

-Maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik.

MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YANG DIPERINTAH OLEH

TENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM

-Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem diktator askar ke atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau melakukan tahanan rumah.

-Masalah ini tidak dapat di selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum.

Rakyat pula tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil.

DUA HAKIKAT PENTING DI GELANGGANG POLITIK YANG MESTI DIKETAHUI OLEH PEJUANG ISLAM

PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yang atheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuak-puak, sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain.Firman Allah,Maksudnya : “..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi…” (Al-Baqarah : 251)

Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah bagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan syaitan sebagai penolong mereka.

Firman Allah,Maksudnya : “..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah..” ( Al-Nisa’ :76 )

KEDUA: Jiwa penganut Islam sangat kuat semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umat Islam dari segala bentuk jahiliah. Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.

Firman Allah,Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )

ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM

1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.

Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.

Firman Allah,Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan.Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul

dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.

4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.

5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam.Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.

6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.

Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.

Jangan terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.

NASIHAT PENTING

-Jangan menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah). -Jangan menggunakan kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.

-Jangan cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, Oleh itu,mesti menyebar dakwah dengan cara terus terang.

-Bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

-Menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi.

-Hadapilah rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan.


Karangan: Abul A’la Al-Maududi

Ringkasan oleh: Syahiddan

Sumber dari : www.dakwah.info