Tuesday, January 19, 2010

~ ZaLIm PaDA DiRI SeNDiRi

Posted by ahmad bukhori

"Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya,mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya."


> imam syafie' r.a



> wahai sahabat! keluarkanlah dirimu dari kegelapan itu..ayuhlah kita bersama ke daerah cinta kita bersama..supaya kita sama-sama mengenali diri kita dan antara satu sama lain..itulah membuatkan kita lebih bahagia bukan..^_^

~ KuNCi NiKMaT

Posted by ahmad bukhori

"Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya, yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas."

> wasiat saidina ali r.a



> bersama - samalah kita mencari kunci2 pembuka nikmat..ayuh lah kita berjihad untuk mendapatkannya..insyaAllah..ameen..^_^

~ RaHMaTMu UnTukKU HaMBa YaNG HiNA

Posted by ahmad bukhori

assalamu'alaikum..alhamdulillah dpt gak update blog..he3..betapa beratnya dugaan nie..sedey jgak ble difikirkn..mmg salah diri pn..so xyah la nk dipertikai kn..huk..sedey2..nie lah padah..sape suh cri psal..duhai diri yg hina ingtlah bhwa stiap kjadian tu de hkmah nye..huk..itu je..wakaka..hnya nk luahkn isihati yg bduka lara..hak..sbb pe ana bduka?..biarlah rahsia..kui3..smbl update nie sbb xtau nk wt pe di pg hr..huk..okes..dah2..hik..k..salam..:-)

Sunday, January 10, 2010

~ PerpIsAHaN BuaT SekEtiKA

Posted by ahmad bukhori


assalamu'alaikuam..
kini ana terpaksa kembli pulang ke kolej untuk meneruskan pengajian..
mungkin sume ini an tinggalkn buat seketika..
maaf pad kalian..
syukran bt semua..
salam dariku..

~ 'iLMu

Posted by ahmad bukhori


Dari Mu'az bin Jabal

"Pelajarilah 'ilmu! Maka mempelajari kerana Allah itu tkwa.Menuntutnya ibadah.Mengulangi-ulanginya itu tasbih.Membahaskan itu jihad.Mengajarkan oang yang tidak tahu itu sedekh.Memberikan kepada ahlinya yang tidak tahu itu dekat diri kepada Tuhan.
> ilmu itu teman waktu sendirian dan kawan waktu kesepian.
> penunjuk jalan kepada agama.
> pemberi nasihat bersabar waktu suka dan duka.
> seorang menteri ditengah-tengah teman sejawat.
> seorang keluarga di tengah-tengh orang asing dan sinar jalan ke syurga.
> dengan 'ilmu,diangkat oleh Allah beberapa kaum lalu dijadikannya pemimpin
> penghulu dan penunjuk jalan pada kebajikan,jejak mereka diikuti,perbuatan mereka diperhatikan.
> malaikat suka kepada tingkah laku mereka,disapunya mereka dengan sayapnya.
> seluruh yang basah dan yang kering meminta ampun akan dosa mereka hatta ikan dan binatang laut,binatang buas dan binatang jinak didarat langit-langit dan bintang-bintangnya."




> petikan dari kitab ihya' ulumuddin-imam ghazali

Saturday, January 9, 2010

~ LaNdASaN

Posted by ahmad bukhori



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِینَ یُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَیَخْشَوْنَهُ وَلَا یَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَآَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا
(39)

“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadaNya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.”
( Al-Ahzab:39)


قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُم بِوَاحِدَةٍ أَن تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُم مِّن
( جِنَّةٍ إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِیرٌ لَّكُم بَيْنَ یَدَيْ عَذَابٍ شَدِیدٍ ( 46

Katakanlah !
Hanya sebuah wasiatku kepadamu, yalah, kamu akan menghadap kepada Allah berdua-dua dan sendiri sendiri. Kemudian renungkanlah dalam-dalam. Tidak ada sifat gila pada sahabat kamu itu (Muhammad).ía hanyalah seorang pembawa peringatan buat kamu dihadapan adzab yang pedih.


( قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِ وَهُوَ عَلَى آُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ( 47

Katakanlah!
Upah yang kuharapkan dari kamu adalah buat kamu. Balasan jasa buatku terserah kepada Allah, kerana ia menyaksikan segala sesuatu.



( قُلْ إِنَّ رَبِّي یَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَّامُ الْغُيُوبِ ( 48

Katakanlah!
Sesungguhnya Tuhanku yang Maha mengetahui perkara ghaib mewahyukan kebenaran kepadaku.


( قُلْ جَاء الْحَقُّ وَمَا یُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا یُعِيدُ ( 49

Katakanlah!
Telah datang kebenaran, dan kebathilan tidak bisa memulai sesuatu buat mengalahkan kebenaran dan
tidak bisa mengembalikannya.



( قُلْ إِن ضَلَلْتُ فَإِنَّمَا أَضِلُّ عَلَى نَفْسِي وَإِنِ اهْتَدَیْتُ فَبِمَا یُوحِي إِلَيَّ رَبِّي إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِیبٌ ( 50

Katakanlah!
Jika aku sesat, maka kesesatan itu buat diriku sendiri, dan jika aku terpimpin, maka itulah wahyu dan Tuhanku, sesungguhnya Ia Maha Mendengar, yang dekat.
( Saba’: 46-50 )


> dr buku usrah dan dakwah - hassan al banna



> landasan addin islam..^_^

Friday, January 8, 2010

~ TekA-tEKi ImaM GhAZaLI

Posted by ahmad bukhori


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
dunia ini ?”
> Murid 1 = ” Orang tua ”
> Murid 2 = ” Guru ”
> Murid 3 = ” Teman ”
> Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
> Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
> Murid 1 = ” Negeri Cina ”
> Murid 2 = ” Bulan ”
> Murid 3 = ” Matahari ”
> Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
> Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

> Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
> Murid 1 = ” Gunung ”
> Murid 2 = ” Matahari ”
> Murid 3 = ” Bumi ”
> Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia ”
> Murid 1 = ” Baja ”
> Murid 2 = ” Besi ”
> Murid 3 = ” Gajah ”
> Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
>Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
> Murid 1 = ” Kapas”
> Murid 2 = ” Angin ”
> Murid 3 = ” Debu ”
> Murid 4 = ” Daun-daun”
> Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

> Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini? ”
> Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”
> Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri ”


moga direnungi dengan cahaya hati..^_^

~ CiRI - cIRI PeMuDA IsLAm

Posted by ahmad bukhori


> Keimanan yang mendalam

> Keikhlasan dalam segala amal

> Keazaman yang teguh

> Amal yang berterusan,tidak merasa jemu dan lemah

> Sedia berkorban
( kemenangan atau mati shahid )

> Menjauhkan diri dari perkara shubahat

> Bertanggung jawab dengan amanah yang diberi

> Mempunyai ilmu pengetahuan & Akhlak yang mulia



> same2 la kite renungi bersama..^_^

Thursday, January 7, 2010

~ AlLhAMduLILlAh..>.<

Posted by ahmad bukhori


salam bt sume...>.<
i'm so happy today...hik3..
happy..happy..happy..
Alhamdulillah syukur sangt2..^_^
ana tlah dpt ssuatu..he3..
tp biarlah la rahsia..ngeee~~
syukur pada Allah..
dan syukran bt ayahanda...he3..
luv u so much..hak3..
akn ku hargai...he3..
wassalam..

~ SePuLUh WaSIaT

Posted by ahmad bukhori


Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya

> imam hassan al-banna



> alhamdulillah wa syukurillah..untuk manfaat bersama.
InsyaAllah sama-samalah kite amalkan..^_^