Thursday, March 17, 2011

~ Bonda ku..

Posted by ahmad bukhori

Tanggal 27 Muharram 1432H bersamaan 03 Januari 2011,
Hari Isnin jam 3.40 petang
Itu lah saat ummi meninggalkan aku,adik-adik & ayah..





Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

Friday, January 21, 2011

~ TaNgGuNGjaWAb PeMUdA HaRi Ini

Posted by ahmad bukhori


REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !

Ucapan ini ditujukan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.

Kita perlu menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada semua orang.

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Pertama :

Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Kedua :

Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.Nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA

- Apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?

- Apakah sebab dan faktornya ?

- Apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ?

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KE ARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

Negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan Negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh..

Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM

PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM

PERTAMA : Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.

Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.

KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.

KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek – kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.

KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.

Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa “..segala sesuatu yang

datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan.

TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM

-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera.

-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.

-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.

-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

KESAN-KESAN PENJAJAH

1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

-Penjajah menguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam.

-Mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.

2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU

POLITIK

-Mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran

negara di zaman selepas kemerdekaan.

3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN

KEMERDEKAAN YANG PALSU

-Gerakan-gerakan kemerdekaan di negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama.

-Ianya perlu mempergunakan slogan ‘mengembalikan keagungan Islam’ dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya.

-Mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur.Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.

PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING

-Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.

-Mereka memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran) dengan cara mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam.

-Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah.

PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH SUKAKAN PENJAJAH

Sekalipun mereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha menentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada perkara-perkara lain. Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarik

perhatian mereka dan tiap-tiap yang lahir dari sana.Apa-apa yang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan hinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau salah.

KEMUNDURAN UMAT DAN NEGARA ISLAM BERPUNCA DARI

PEMERINTAHANNYA MENERAPKAN AJARAN YANG BUKAN ISLAM

-Kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.

-Antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam

tidak sehaluan dengan kerajaan mereka.

-Akibatnya, mustahil bagi kerajaan dapat mengharung langkah ke depan dan

akan memajukan negara akan lenyap ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan.

PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN MENINDAS ATAS NAMA

DEMOKRASI

-Golongan yang berhaluan barat sebagai pengganti penjajah di dalam negeri ummat Islam yakin bahawa sistem pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya,tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah kepada umat yang menuntut supaya mendirikan system pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.

-Maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik.

MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YANG DIPERINTAH OLEH

TENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM

-Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem diktator askar ke atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau melakukan tahanan rumah.

-Masalah ini tidak dapat di selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum.

Rakyat pula tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil.

DUA HAKIKAT PENTING DI GELANGGANG POLITIK YANG MESTI DIKETAHUI OLEH PEJUANG ISLAM

PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yang atheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuak-puak, sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain.Firman Allah,Maksudnya : “..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi…” (Al-Baqarah : 251)

Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah bagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan syaitan sebagai penolong mereka.

Firman Allah,Maksudnya : “..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah..” ( Al-Nisa’ :76 )

KEDUA: Jiwa penganut Islam sangat kuat semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umat Islam dari segala bentuk jahiliah. Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.

Firman Allah,Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )

ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM

1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.

Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.

Firman Allah,Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan.Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul

dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.

4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.

5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam.Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.

6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.

Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.

Jangan terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.

NASIHAT PENTING

-Jangan menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah). -Jangan menggunakan kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.

-Jangan cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, Oleh itu,mesti menyebar dakwah dengan cara terus terang.

-Bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

-Menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi.

-Hadapilah rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan.


Karangan: Abul A’la Al-Maududi

Ringkasan oleh: Syahiddan

Sumber dari : www.dakwah.info

Wednesday, December 29, 2010

~ DoaKu

Posted by ahmad bukhori


ku rasa bagai hilang mentari..
luluh hati ku meratapi apa yg tlah berlaku..
namunku meredhai apa yg blaku..
Ya Illahi..
hatiku begitu tersentuh dengan cintaMu..
mudah-mudahan Engkau berikan dia hidayah untuk menempuhi liku-liku perjalanan ini...
Engkau lindungilah dia sepanjang waktu..
letakkanlah dia dalam rehdaMu & permudahkanlah segala urusannya untuk mendekatiMu,
untuk merinduiMu..untuk memiliki cintaMu....
sungguh..
dia benar-benar dahagakan cintaMu..
moga kebahagian hati ini terus kekal bersama cintaMu..

~Buat Pemilih Cinta Tuhan

Tuesday, December 28, 2010

~ AuRat LeLaKI DaN PeReMPuaN

Posted by ahmad bukhori


Oleh : Ahmad Baei Jaafar


Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.

Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.

Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau Isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah.

Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh.

Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya. Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian.

Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.

Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.

Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini.

Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas.

Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya.
Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.

Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

sumber:

~ AuRat LeLaki SeRInG DiRemEhKAn

Posted by ahmad bukhori


Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya
sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya
.

sumber :

~ HiJrAH : LaKUkaN 3 PeRKarA UnTuk SeLamAt

Posted by ahmad bukhori


Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Hijrah secara fizikal sudah berlalu, malah Rasulullah tidak galakkan lagi umat Islam berhijrah. Kita tidak perlu lagi berhijrah ke kampung lain, selagi kampung itu baik dan aman. Selagi penduduknya tidak menghalau kita keluar, selama itulah kita perlu tinggal dalam kampung itu apatah lagi kampung itu sudah menjadi milik kita.

Tetapi hijrah dalam bentuk sikap perlu dilakukan secara tertib dan bersistematik. Jadi, marilah kita berhijrah ke arah itu demi menjaga iman. Rasulullah ketika ditanya seorang penduduk Sham, apakah iman yang paling afdal? Baginda bersabda, hijrah. Dia bertanya lagi, apa itu hijrah? Baginda menjawab, kamu meninggalkan kerja dosa.

Dalam hadis yang sama, dikatakan terdapat pelbagai jawapan kepada persoalan apakah hijrah yang paling afdal. Antaranya ialah:

1- Hendaklah kamu meninggalkan apa yang diharamkan ke atas kamu,

2- meninggalkan apa yang tuhan kamu benci.

3- Dan akhirnya ingatlah Allah banyak-banyak.

Untuk melakukan hijrah ini, seseorang itu perlu kepada jihad melawan nafsu. Di manapun anda berada, hijrah ini perlu dilakukan dan jihad ini tidak pernah terhenti apatah lagi nafsu memang sentiasa berada dalam diri kita.

Mari kita tanya diri sendiri, sudahkah kita meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah? Kalau anda masih bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara haram, maka jelaslah anda masih tidak berhijrah. Begitu juga kalau anda sudah boleh meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah, maka ketika itu sudah boleh dikatakan sudah berhijrah. Tetapi kalau belum, jelaslah dia belum berhijrah.

Ingat Allah banyak-banyak bukan merujuk kepada zikir, tahmid, dan hamdalah. Ingat Allah bukan sekadar menyebut subhanallah dll. Tetapi ingat kepada Allah merujuk kepada kerja hati dan tindakan. Ingat kepada Allah mendorong kita melakukan sesuatu dengan tekun dan sabar.

Jadi, buktikan anda semua sudah berhijrah dengan banyak zikir atau ingatkan Allah banyak-banyak. Orang yang banyak ingat Allah tidak akan melakukan dosa biasa. Mereka yang ingat Allah itulah tanda sudah berhijrah.

sumber :

Monday, December 27, 2010

~ TRaILeR DaLaM MiHRaB CiNTa

Posted by ahmad bukhori



Sinopsis Filem Dalam Mihrab Cinta

Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet.

Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.

Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?

~ PraHa DaN ASa ViDEO

Posted by ahmad bukhori



Rino – Prahara Dan Asa

Terhempas aku dalam fitnah
Yang mendera jiwa dan mencebik sukma
Tetapi ku tak tentu arah
Hingga sebekas menguntum langgaku

Dalam mihrab cinta ku regup firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara dan asa
Putus duka lara ku pasrah padanya

Ku berdiam dendam yang membara
Ku pasarahkan semua pada yang kuasa
Ku yakin tiada satu jua hentikan kuasanya
Untuk mengubah segalanya

Dalam mihrab cinta ku regup firmannya
Terangi jalanku ku sujud padanya
Dalam mihrab cinta prahara dan asa
Putus duka lara ku pasrah padanya

~ AkU TaK BeRDaYa VIdeO

Posted by ahmad bukhori



Indah Dewi Pertiwi – Aku Tidak Berdaya

Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu

Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

~ KeRnA HAtI BiCaRA VidEO

Posted by ahmad bukhori



Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil – Karena Hati Bicara

Oki:
Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Oki & Andy:
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Oki & Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Oki & Andy (3x):
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara